Gelagat Pelajar KMKt Yang Boleh Anda Jumpa Di Koperasi

Koperasi KMKt bukan sekadar pusat membeli-belah, tetapi menjadi tempat pertemuan semua pelajar tanpa dirancang, di mana pelbagai emosi—lapar, cemas, gembira, atau keliru—boleh ditemui. Ia merupakan ruang sosial di mana persahabatan terjalin dan hari-hari pelajar sering “diselamatkan” melalui interaksi, sokongan, dan kehadiran rakan-rakan.

CikWani, GM

10/8/20251 min read

Koperasi Kolej Matrikulasi Kelantan Berhad (KMKt) bukan sekadar tempat beli pen dan roti.
Ia adalah hab sosial, spot perhimpunan tanpa dirancang, dan tempat kajian lapangan untuk mengenali macam-macam jenis pelajar yang wujud di KMKt.

Kalau anda selalu singgah koperasi, mesti pernah jumpa sekurang-kurangnya 3–4 spesies dalam senarai ini.
Kalau tak pernah jumpa… mungkin anda sebenarnya salah seorang daripada mereka. 😌

Jom kita mulakan kajian santai kita hari ini!

Dia tak masuk koperasi untuk beli alat tulis.
Dia masuk sebab nak tengok hari ni ada roti apa?

Kalau ada roti baru, dialah yang paling excited jaja berita:

“Weh… Gardenia perisa baharu masuk weh!”

Ni spesis paling rare.
Masuk koperasi 3 minit, tapi keluar 20 minit.

Kenapa?
Sebab setiap lorong ada kawan yang dia kenal.

Nak beli highlighter je pun, tapi dapat reunion kecil-kecilan.